“MATA HATI”

Sayang…
Hilang sudah suara ku
Meluahkan segalanya kepada mu
Menyusun bait kata
Membicarakan betapa kasih
Merungkaikan betapa sayang
Membahasakan betapa cinta
Semua rasa yang terbit
Pemunyanya adalah diri mu

Sayang...
Ku dambakan kesempurnaan ikatan
Sebagaimana sempurnanya cahaya bulan
Sebagaimana bersinarnya bintang
Menerangi hidup yang sebentar ini
Membahagiakan seorang marhain

Sayang...
Sebutir air di kelopak ini
Menjemput kesayuan di hati
Mengenang dugaan
Memikirkan liku
Membayangkan kekangan
Membentuk pilu jiwa ini

Sayang…
Andai tiada lagi kata terluah
Ku mahu kau tahu
Diri mu pemilik semuanya
Ku tahu..
Kau juga tahu..
Semuanya terpancar di mata ini
Mata yang sentiasa melihat mu
Membayangkan kehidupan bersama mu
Mata yang sentiasa mencintai mu
Walau dekat..
Walau jauh..
Walau terpisah..
Kerna sayang..
Mata hati ku adalah diri mu...

~Aira Ixora~
19 Mei 2009
9:58pm

Popular posts from this blog

URBAN ZAKAPA – I DON’T LOVE YOU (널 사랑하지 않아)

Lirik Lagu Ku Ada Kamu - Adira AF8

IU – THROUGH THE NIGHT (밤편지)